Posted by
UST KHAIRUL ANUAR
comments (1)
Sebahagian daripada sudut bahasa Arab di "Ghurfah j-QAF" SK Seri Dusun
Sudut kedua daripada sudut-sudut Bahasa Arab di bilik j-QAF..cantikla juga..
Sudut ketiga daripada sudut-sudut Bahasa Arab...tuan-tuan boleh datang kunjung..bagilah cadangan untuk penambahbaikkan...
Kadang-kadang tu semaklah..inilah bukti penggunaan maksimum oleh murid-murid dan guru di bilik j-QAF.
Sistem Fail j-QAF ..semua sekali ada 6 Fail. 1. Fail Utama, 2. Fail Pemulihan Jawi, 3. Fail Khatam Al-Quran, 4. Fail Tasmik, 5. Fail Bahasa Arab, 6. Fail KBS.
Posted by
UST KHAIRUL ANUAR
comments (0)
Allah berfirman : Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah berjaya dengan kejayaan yang besar (yang sebenar-benarnya)
Ulama' memberitahu kepada kita semua, mentaati Allah bermaksud mentaati semua perintah Allah swt tanpa mempersoalkannya dan mentaati Rasulullah saw bermaksud mengikut baginda saw dalam semua perkara tanpa boleh mempersoalkannya. Inilah intipati aqidah ahlus sunnah wal jamaah...
Marilah saudara-saudaraku, kita merenung kenyataan dan hakikat ini dan mempersoalkan diri kita sendiri dahulu tanpa kita menyingkap pada diri orang lain ADAKAH kita benar-benar menghayati tuntutan ini..saya mengaku saya mentaati Allah tetapi berapa banyak perintah-perintah Allah yang saya sia-siakan...saya mengaku mentaati dan mencintai Rasulullah, tetapi sejauhmana saya mengenali Nabi saw dan membawa kehidupan Nabi dalam kehidupan saya..
Sekiranya kita hari ini tidak merenung ke dalam diri kita untuk sama-sama kita perbaiki diri kita, maka bilakah lagi..hari terus berlalu masa akan terus meninnggalkan kita..masa mati kita sentiasa mendekati kita. INGATLAH wahai diriku..sesungguhnya tiada apa yang akan dibawa melainkan iman yang sempurna dan sohih serta amal soleh yang sohih akan menjadi teman kita dan akan menghadapi persoalan-soalan kubur yang sudah tentunya tidak akan di jawab dengan lidah kita berdasarkan pengetahuan kita tetapi semuanya akan di jawab oleh amal kita...

Sahabat-sahabat yang dimuliakan...
Kehidupan dunia amatlah sementara..seumpama seseorang pengembara yang berhenti seketika disimpang untuk melintas jalan sedangkan destinasi perjalanannya yang sebenar adalah akhirat yang kekal abadi.
Tiada bekal yang boleh dibawa..melainkan hanyalah iman dan amal soleh yang sohih cara Nabi saw.
Dalam kesibukan kita dengan urusan dunia, marilah sama-sama kita sibukkan diri dengan urusan akhirat..
Kehidupan kita akan menjadi ibadat bila mana setiap kerja buat kita bukan kerana adat tetapi kerana kita mengikut cara nabi saw..Dalam semudah-mudah perkara sehingga sebesar-besar perkara. Kecil atau besar perkara tersebut jika dilakukan dengan cara Nabi saw akan dipandang besar oleh Allah swt...
Semoga Allah bagi taufik hidayah kepada kita semua untuk faham, amal dan sampaikan kepada semua umat Nabi saw.

comments (2)
Kejayaan hanya dalam agama Allah...sejauh mana dapat taat perintah cara Nabi saw.