PEMANTAUAN PROGRAM j-QAF SELURUH NEGERI KEDAH 2009



Ustazah Rahmah diajukan dengan beberapa soalan CEPU EMAS...semoga pengalaman ini berguna untuk kak Rahmah menjadi seorang pendidik yang berhemah tinggi.

 


Para pegawai daripada kepelbagaian PPD dan JPN Kedah bersiap sedia dengan lontaran cadangan untuk penambahbaikan perjalanan program j-QAF di SK Seri Dusun. Mereka teruja dengan fasiliti yang terdapat di Seri Dusun.



Para GPI dan GPI j-QAF tekun mendengar saranan dan pandangan daripada para pegawai. Kami sangat mengalu-alukan pemantauan sebegini pada tahun-tahun akan datang. Diharapkan program pemantauan sebagini dijalankan secara berkala supaya kesegaran dan iltizam untuk menjulang Pendidikan Islam ke puncak menjadi kenyataan.




Ustazah Rosni (Ketua Panitia Pend. Islam) sedang mengendalikan suatu langkah P&P berkesan. Inilah semangat guru-guru GPI Seri Dusun dalam memartabatkan mutu Pendidikan Islam. Penggunaan ICT semasa P&P sudah tidak asing lagi di kalngan murid-murid Seri Dusun. Teruskan usaha...kejayaan menanti di sana.

0 comments:

Catat Ulasan