MARI SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN....BAGAIMANA DAN BETAPA JAUHNYA KITA DARI AGAMA YANG DIBAWA OLEH NABI SAW

Sahabat-sahabat yang dimuliakan...

Kehidupan dunia amatlah sementara..seumpama seseorang pengembara yang berhenti seketika disimpang untuk melintas jalan sedangkan destinasi perjalanannya yang sebenar adalah akhirat yang kekal abadi.

Tiada bekal yang boleh dibawa..melainkan hanyalah iman dan amal soleh yang sohih cara Nabi saw.

Dalam kesibukan kita dengan urusan dunia, marilah sama-sama kita sibukkan diri dengan urusan akhirat..
Kehidupan kita akan menjadi ibadat bila mana setiap kerja buat kita bukan kerana adat tetapi kerana kita mengikut cara nabi saw..Dalam semudah-mudah perkara sehingga sebesar-besar perkara. Kecil atau besar perkara tersebut jika dilakukan dengan cara Nabi saw akan dipandang besar oleh Allah swt...

Semoga Allah bagi taufik hidayah kepada kita semua untuk faham, amal dan sampaikan kepada semua umat Nabi saw.

0 comments:

Catat Ulasan