BUDAYA TUTUP SEKOLAH: Ahli Kelab j-QAF sibuk Mengemas Bilik j-QAF bersama Guru-guru j-QAF



Khidmat bakti kamu semua kepada para guru akan mengundang rahmat kasih sayang Allah. Semoga kamu sentiasa dalam pandangan rahmatNYA..amin

JAMUAN AKHIR TAHUN 4 DINAMIK 2009 : Generasi Pertama j-QAF Seri Dusun



Ust Anuar dan Ust Khalid sedang menjamu selera di Jamuan Akhir Tahun Kelas 4 Dinamik..Kehadiran Tuan GB amat memberi makna dansemangat dalam diri murid-murid Tahun 4 Dinamik. Semoga tahun hadapan, akan membuka lembaran yang lebih bererti..

KURSUS SP & HSP BA TAHUN 3 BALING SIK 2009

AHAD,15 NOV 2009 Semua guru-guru Bahasa Arab j-QAF BSK berkumpul di PKG Kuala Pegang menadah telinga mendengar taklimat daripada para fasilitator berkalibar yang dilantik oleh JPN Kedah. Semoga apa yang ditimba berupa maklumat dan pengalaman yang dikongsi di antara para guru j-QAF BA dapat dimanfaatkan semua untuk pembinaan modal insan di sekolah masing-masing. SEMOGA PROGRAM j-QAF BERJAYA..insyaALLAH.

KEM MENJELANG PRA REMAJA (KEMMERAJA)

Sabda Nabi saw : " 7 golongan yang akan mendapat naunganNya pada hari di mana tidak ada naungan melainkan naunganNYA sahaja...
  1. Pemimpin yang adil
  2. Muda remaja yang membesar dalam pengabdian diri kepada Allah
  3. Lelaki yang hatinya terpaut pada rumah-rumah Allah
  4. Dua orang lelaki yang bertemu dan berpisah kerana Allah
  5. Lelaki yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya
  6. Lelaki yang bersendirian serta mengingati Allah, maka mengalir airmatanya (kerana takutkan Allah)
  7. Lelaki yang diajak oleh perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan melakukan larangan Allah, lantas dia berkata : "sesungguhnya aku takutkan Allah.
Inilah yang ingin kita bina modal-modal insan (umat Nabi saw) yang memiliki kesemua sifat-sifat tersebut..insyaALLAH.


KEMBEST SIRI KE-4: TAHUN SATU DAN TAHUN DUA

Sabda Nabi saw:  " Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika mereka berusia 7tahun (Qamariy), dan pukullah mereka (bukan mendera) ketika mereka berusia 10 tahun (Qamariy), dan pisahkan tempat tidur di antara mereka" Hadith.

DISKUSI PROGRAM LITERASI AL-QURAN : antara Pengurusan Seri Dusun dengan para waris


GB, Hj Abd Manap sedang menyampaikan ucapan kepada waris murid-murid Literasi Al-Quran.SEMOGA GB TERUS BERSEMANGAT MEMPERJUANGKAN AGENDA PENDIDIKAN AGAMA DI SERI DUSUN.





Us Khairul Anuar sedang memberikan taklimat kepada waris tentang cara membantu anak-anak pelajar mempertingkatkan keupayaan penguasaan Iqra' di rumah sepanjang cuti persekolahan.










Ust Khalid mempengerusikan Majlis Diskusi Literasi Al-Quran. Beliau adalah Setiausaha kepada Unit Al-Quran j-QAF. Teruskan usaha tuan,..jangan patah semangat. "Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya." Hadith.




PEMANTAUAN PROGRAM j-QAF SELURUH NEGERI KEDAH 2009



Ustazah Rahmah diajukan dengan beberapa soalan CEPU EMAS...semoga pengalaman ini berguna untuk kak Rahmah menjadi seorang pendidik yang berhemah tinggi.

 


Para pegawai daripada kepelbagaian PPD dan JPN Kedah bersiap sedia dengan lontaran cadangan untuk penambahbaikan perjalanan program j-QAF di SK Seri Dusun. Mereka teruja dengan fasiliti yang terdapat di Seri Dusun.



Para GPI dan GPI j-QAF tekun mendengar saranan dan pandangan daripada para pegawai. Kami sangat mengalu-alukan pemantauan sebegini pada tahun-tahun akan datang. Diharapkan program pemantauan sebagini dijalankan secara berkala supaya kesegaran dan iltizam untuk menjulang Pendidikan Islam ke puncak menjadi kenyataan.




Ustazah Rosni (Ketua Panitia Pend. Islam) sedang mengendalikan suatu langkah P&P berkesan. Inilah semangat guru-guru GPI Seri Dusun dalam memartabatkan mutu Pendidikan Islam. Penggunaan ICT semasa P&P sudah tidak asing lagi di kalngan murid-murid Seri Dusun. Teruskan usaha...kejayaan menanti di sana.

BILIK j-QAF SK SERI DUSUN 2009


Sebahagian daripada sudut bahasa Arab di "Ghurfah j-QAF" SK Seri Dusun


Sudut kedua daripada sudut-sudut Bahasa Arab di bilik j-QAF..cantikla juga..


Sudut ketiga daripada sudut-sudut Bahasa Arab...tuan-tuan boleh datang kunjung..bagilah cadangan untuk penambahbaikkan...



 Kadang-kadang tu semaklah..inilah bukti penggunaan maksimum oleh murid-murid dan guru di bilik j-QAF.





Sistem Fail j-QAF ..semua sekali ada 6 Fail. 1. Fail Utama, 2. Fail Pemulihan Jawi, 3. Fail Khatam Al-Quran, 4. Fail Tasmik, 5. Fail Bahasa Arab, 6. Fail KBS.

RAKAN SEPERJUANGAN j-QAF DI SERI DUSUN


Us Khalid dan Us Anuar bergambar setelah selesai Majlis Hari Anugerah Gemilang 2008..Nampak sungguh segak.

KEJAYAAN YANG HAKIKI DUNIA AKHIRAT HANYA DI DALAM KETAATAN KEPADA ALLAH DAN RASULULLAH SAW

Allah berfirman : Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah berjaya dengan kejayaan yang besar (yang sebenar-benarnya)

Ulama' memberitahu kepada kita semua, mentaati Allah bermaksud mentaati semua perintah Allah swt tanpa mempersoalkannya dan mentaati Rasulullah saw bermaksud mengikut baginda saw dalam semua perkara tanpa boleh mempersoalkannya. Inilah intipati aqidah ahlus sunnah wal jamaah...

Marilah saudara-saudaraku, kita merenung kenyataan dan hakikat ini dan mempersoalkan diri kita sendiri dahulu tanpa kita menyingkap pada diri orang lain ADAKAH kita benar-benar menghayati tuntutan ini..saya mengaku saya mentaati Allah tetapi berapa banyak perintah-perintah Allah yang saya sia-siakan...saya mengaku mentaati dan mencintai Rasulullah, tetapi sejauhmana saya mengenali Nabi saw dan membawa kehidupan Nabi dalam kehidupan saya..

Sekiranya kita hari ini tidak merenung ke dalam diri kita untuk sama-sama kita perbaiki diri kita, maka bilakah lagi..hari terus berlalu masa akan terus meninnggalkan kita..masa mati kita sentiasa mendekati kita. INGATLAH wahai diriku..sesungguhnya tiada apa yang akan dibawa melainkan iman yang sempurna dan sohih serta amal soleh yang sohih akan menjadi teman kita dan akan menghadapi persoalan-soalan kubur yang sudah tentunya tidak akan di jawab dengan lidah kita berdasarkan pengetahuan kita tetapi semuanya akan di jawab oleh amal kita...

MARI SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN....BAGAIMANA DAN BETAPA JAUHNYA KITA DARI AGAMA YANG DIBAWA OLEH NABI SAW

Sahabat-sahabat yang dimuliakan...

Kehidupan dunia amatlah sementara..seumpama seseorang pengembara yang berhenti seketika disimpang untuk melintas jalan sedangkan destinasi perjalanannya yang sebenar adalah akhirat yang kekal abadi.

Tiada bekal yang boleh dibawa..melainkan hanyalah iman dan amal soleh yang sohih cara Nabi saw.

Dalam kesibukan kita dengan urusan dunia, marilah sama-sama kita sibukkan diri dengan urusan akhirat..
Kehidupan kita akan menjadi ibadat bila mana setiap kerja buat kita bukan kerana adat tetapi kerana kita mengikut cara nabi saw..Dalam semudah-mudah perkara sehingga sebesar-besar perkara. Kecil atau besar perkara tersebut jika dilakukan dengan cara Nabi saw akan dipandang besar oleh Allah swt...

Semoga Allah bagi taufik hidayah kepada kita semua untuk faham, amal dan sampaikan kepada semua umat Nabi saw.

SELAMAT DATANG SAHABAT-SAHABAT j-QAF.....

Kejayaan hanya dalam agama Allah...sejauh mana dapat taat perintah cara Nabi saw.